Kami


Cara membantu anda ialah dengan bersama kami dalam sebuah kumpulan dibawah payung De Bella. Nama kumpulan kami ialah Lifestyle Transformer atau pendekkannya LT. Kami akan memberi khidmat kepada anda, membimbing anda, mengasuh anda, menjaga anda sehingga anda mampu menjalani kehidupan yang bermaruah, yang bernilai, yang tenteram, yang cukup, yang bebas hutang, yang bebas masa, yang bebas tempat. Anda bebas dari cengkaman manusia, bebas dari perhambaan manusia dan hanya berada dalam kasih sayang Allah sahaja, menjadi hamba kepada Allah yang sejati.

Kami membantu anda untuk mengenal diri anda, mengenal Tuhan anda, mengenal matlamat hidup anda, mengenal persekitaran anda, mengenal hala tuju anda.